Saturday, July 28, 2007

Haytham Said - Homa Malhom Bena Ya Leil





Read More......

Lagu Ehsas Gadid



Terjemahn nya belom ada lagiih, nantilah deh kawe tgh nok membijok sikit2 :)

Read More......

Nancy Agram


Nancy Ajram

Nancy Ajram (نانسي عجرم) (dilahirkan pada 16 Mei 1983) adalah seorang penyanyi pop Arab dan penari Lubnan. Beliau amat dikenali dengan lagu-lagu seperti Akhasmak Ah, Ya Salaam, Ah w Noss dan Ya Tabtab w Dalla.

Beliau telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 jualan album di dunia Arab dan menjadikannya antara penyanyi Lubnan yang terkaya. Harta peribadinya, kebanyakkannya diperolehi daripada jualan album yang tinggi dan model dalam iklan-iklan komersial, adalah sebanyak USD $ 16,000,000.00. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 4,000,000 album di Lubnan dan tersenarai sebagai penyanyi wanita Lubnan ketiga yang paling berjaya menjual album dalam industri muzik Lubnan.


Beliau mula dikenali selepas memenangi pertandingan hiburan Noujoum Al Moustaqbal (Bintang-Bintang Masa Hadapan), sebuah pertandingan muzik di televisyen Lubnan pada pertengahan tahun 1990-an. Kemudian beliau menghadapi kegagalan untuk dua buah album yang dihasilkan seperti Mihtaglak (Aku Perlukan Mu) pada tahun 1998 diikuti dengan album Sheel Oyounak Anni (Alihkan Matamu Dariku) pada tahun 2000.

Kemudiannya belia bangun semula dan kembali terkenal di dalam dunia hiburan Arab dengan album terbarunya Ya Salaam (Wah Hebatnya!) pada tahun 2003 yang telah diterbitkan oleh penerbit Lubnan yang terkenal, iaitu Jiji Lamara. Pada tahun 2004, beliau telah berjaya lagi menghasilkan album yang berikutnya iaitu Ah w Noss(Oh! Sudah Tentu).

Pada awal kurun ke-21, kejayaan Nancy Ajram di dalam dunia muzik telah membawa beliau kepada dunia pengiklanan berprofil tinggi seperti Coca-Cola dan Damas Jewellery. Album-album beliau yang berikutnya mempunyai lebih kepada ciri-ciri artistik.

Pada tahun 2007, Nancy Ajram telah mengeluarkan satu kenyataan di mana beliau belum lagi bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian pada karier beliau.

Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan di kawasan kejiranan Kristian iaitu Ashrafiyeh yang terletak dalam bandaraya Beirut, Lubnan. Ibu bapanya adalah Nabil Ajram dan Rimonda Ajram. Beliau mempunyai seorang adik perempuan iaitu Nadine Ajram yang merupakan seorang pelakon dan abangnya Nabil Ajram merupakan seorang penyanyi.

Pembabitan Awal Dalam Dunia Seni

Ketika berumur 12 tahun, beliau telah menyertai pertandingan Noujoum Al Mustaqbal dan telah memenangi pingat emas dalam kategori Tarab. Kemudiannya, Nancy telah menyambung pelajarannya di dalam bidang vokal dan teori muzik dengan beberapa orang guru muzik di Lubnan.

Walaupun, beliau masih di-bawah 18 tahun, Sindiket Artis-Artis Profesional di Lubnan menerimanya sebagai ahli kerana beliau mempunyai bakat yang luar biasa dan amat layak untuk digelar sebagai seorang artis profesional.

Nancy Ajram telah menghasil album-album Mihtaglak dan Sheel Oyounak Anni pada tahun 1998 dan 2000, tetapi kedua-dua album itu menemui kegagalan.

Karier Muzik

Pada tahun 2003, albumnya yang ketiga Ya Salaam termasuk single Akhasmak Ah (Aku Menyumpahi Mu) yang menjadi lagu hit dan terkenal dengan video klipnya yang provokatif. Di dalam video klip Akhasmak Ah beliau telah melakonkan watak seorang pengurus kafe yang menari dan menggoda kesemua pelanggannya yang 100% lelaki dengan berpakaian seksi. Dua lagi lagu daripada album tersebut iaitu Ya Salaam di mana beliau melakonkan watak seorang penghibur kabaret pada era 1930-an dan Yay, Sahr Oyounou (Oh! Sihir Matanya) di mana beliau melakonkan watak seorang pendandan rambut di kota Beirut yang mencari cinta.

Pada tahun 2004, beliau telah menghasilkan albumnya yang keempat berjudul Ah w Noss, di mana beliau telah menghasilkan beberapa video klip yang mendapat perhatian ramai. Salah sebuah daripada video klip beliau iaitu Ol Tany Keeda (Katakanlah Sekali Lagi) telah mempromosi Coca-Cola setelah beliau menandatangani kontrak untuk mengendorskan jenama tersebut pada tahun 2005.

Beliau telah dipilih sebagai "Penyanyi Arab Terbaik oleh majalah Zahrat El Khalij untuk tahun 2003 dan 2004 berturut-turut. Beliau juga telah dinobatkan sebagai personaliti yang paling berpengaruh di dunia Arab oleh majalah Newsweek (versi Bahasa Arab) pada tahun 2005.

Pada awal tahun, 2006 beliau telah mengeluarkan satu single yang bertajuk Inta Masry (Kamu Warga Mesir), yang kebetulan dikeluarkan semasa negara Mesir sedang menganjurkan pertandingan bolasepak Piala Negara-Negara Afrika. Klip video untuk lagu tersebut merupakan satu klip video yang amat unik di mana, penyanyi lagu tersebut (Nancy Ajram) tidak dipaparkan langsung di dalam klip video tersebut. Ia hanya menunjukkan warga Mesir daripada pelbagai golongan menyanyikan lagu tersebut secara lip-sync. Lagu tersebut berunsurkan patriotik negara Mesir.

Ya Tabtab w Dalla (Aku Tepuk dan Rosakkan) telah berjaya dikeluarkan pada bulan Februari, 2006. Klip video untuk lagu Ya Tabtab w Dalla telah diterbitkan oleh Nadine Labaki sebelum album itu dipasarkan. Klip video itu bertemakan suasa sarkas.

Ehsas Jdid (Perasaan Baru), merupakan lagu yang paling sukses dalam album Ya Tabtab w Dalla'. Di dalam klip video lagu Ehsas Jdid', Nancy melakonkan watak seorang gadis yang amat kaya dan telah bertunang jatuh cinta kepada seorang pemuda miskin yang pekak. Lagu romantis ini memaparkan kebolehan Nancy Ajram menyanyi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Dilaporkan pada masa kini beliau sedang berusaha untuk menghasilkan dua album sekaligus. Di mana salah satu album tersebut dikhususkan untuk golongan kanak-kanak. Kesemua lagu daripada album kanak-kanak tersebut Chakhbat Chakhabit boleh didengari daripada laman web http://www.6arab.com.
Nancy Ajram sedang membuat persembahan di sebuah konsert di Chicago pada 25 Mac 2007
Nancy Ajram sedang membuat persembahan di sebuah konsert di Chicago pada 25 Mac 2007

Pada awal bulan Jun 2007, klip video untuk lagu Elli Kaan(Satu-satunya) daripada album Ya Tabtab w Dalla telah pun diterbitkan dan mempromosikan barang kemas terbaru Damas Jewellery. Nancy juga mempromosikan Coca-Cola melalui lagu El Haya El Hilwa (Kehidupan yang Manis). Promosi album Chakhbat Chakhabit telah pun disiarkan di saluran-saluran televisyen dunia Arab.

Kritikan

Di dalam satu temubual dengan stesen televisyen Lubnan, beliau telah membuat satu kenyataan yang kontoversi membabitkan agama, dengan menyatakan bahawa beliau amat layak untuk diberikan ganjaran pada masa akhirat. Terdapat khabar angin mengenai pemboikoitan konsert-konsertnya dilaporkan di internet. Tetapi khabar angin itu dibuktikan tidak berlaku. Bahkan, Nancy Ajram telah membuat persembahan di negara Bahrain pada Mei 2006 tanpa sebarang masalah dan gangguan.

Kejayaan

* Nancy Ajram telah berjaya menjual sebanyak 12,000,000 album di dunia Arab.
* Nancy Ajram memegang rekod sebagai penyanyi Arab termuda (semasa berumur 19 tahun) di mana single Akhasmak Ah dan album Ya Salaam pada waktu yang sana mendapat tempat pertama di dalam carta lagu Lubnan dan Mesir.

Profile Nancy Ajram
Nama sebenar: Nancy Ajram
Tarikh lahir: 16 Mei 1983
Tempat lahir: Al-Ashrafia, Lubnan.
Adik beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Tinggi: 168 sm
Berat: 50 kg
Nama bapa: Nabil Ajram
Nama ibu: Rimonda
Warganegara: Lubnan
Kerjaya: Penyanyi
Album: Mehtagalak, Sheil 3younak 3anny, Ya Salam
Lagu popular: Akhasmak Aah, Ya Salam, Ah W Noss dan Ya Tabtab Wa Dalla.

Sumber dr : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nancy_Ajram

Read More......

© Blogger Templates | Webtalks